Nuffnang

Facebook

Doakan yang terbaik.



Assalamualaikum….

Tak lama lagi kita da nak masuk ke bulan puasa…. x sabar rasanya nak berpuasa beramai-ramai. Ada apa-apa persediaan yang korang lakukan tak bila nak dekat-dekat puasa ni…. aku tak jg la buat apa-apa cuma tahun ni aku advance sikit… blm start puasa lagi baju raya semua da siap…. laju sangat…. persediaan utk bulan puasa takde sgt la, cuma perlu bersedia dr segi mental dan fizikal…. harap2 semuanya ok. Selamat Berpuasa semua......

Sebenarnya aku bukan nak cerita bab puasa… aku nak bcerita keadaan di Sabah (Kota Kinabalu smpi ke Ranau) baru-baru ni pada 05 Jun 2015 (Jumaat) lebih kurang jam7.15 pagi….berlaku gempa bumi di Sabah….. gegarannya dapat dirasakan diseluruh Kota Kinabalu sehingga ke Ranau (Gunung Kinabalu). Mungkin kamu semua sudah tau kan.... ramai pendaki & malim yang terkorban, so doakan saja yang baik-baik untuk yang telah pergi... dan buat keluarga mangsa salam takziah.

Nak cerita sikti masa kejadian gempa bumi tu.... aku tengah mandi.... siap pegang dinding lagi nak pastikan rumah ka yang bergegar atau aku yang pening kepala..... tiba-tiba gegaran tu berhenti dalam beberapa saat... aku tetap di situ dan terus mandi.... sekali lagi gegaran dapat aku rasa, masa gegaran kedua baru aku yakin, bukan aku yang pening tapi umah yang bergegar.... dengan pantasnya aku siap mandi. Bila buka pintu toilet... aku siap jerit "Syg.... syg rasa ka tu begegar" utk memastikan buat kali kedua.... dengan selamba laki aku cakap "Rasa".... pada masa tu dengan sepantas kilat aku siap pakai baju uniform & bertudung nak lari dr umah.... tapi dalam masa yang sama, aku kelangkabut nak lari dari umah entah ke mana.... da namanya beruniform so memang aku nak melarikan diri ke opis ke??? macam la opis tu takde gegaran. Pada masa tu hp x berhenti berbunyi.... masa ni semua berita da tersebar luas melalui media sosial FB & Whatsapp.....

Buat macam biasa gi opis.... smpi opis semua org cerita benda yang sama .... soalannya : ko rasa tak gegaran tu, masa tu ko kat mana??? mungkin lebih 10org tanya benda yang sama.... aku pun apa lagi cerita benda yang sama juga la macam yang aku cerita di dlm blog ni. Dapat info dari kawan-kawan area Gunung Kinabalu paling kuat gegarannya, so terus aku terfikir amcm dengan pendaki-pendaki yang mendaki menuju ke puncak seawal jam2 pagi. Mungkin pada masa gegaran tu berlaku para pendaki tengah dalam perjalanan turun dari puncak gunung. Akhirnya ada yang terkorban, bukan setakat pendaki.... Guide/Malim gunung juga turut terkorban.... sekali lagi takziah atas permergian mereka. Gegaran susulan dapat dirasakan dibahagian Ranau Sabah (berdekatan Gunung Kinabalu). Lepas ni insyaAllah gegaran yang berskala kecik jer, area Ranau jer yang rasa gegaran.... semoga semua selamat.

Tanpa diduga sekali lagi gegaran yang kuat berlaku dan dapat dirasakan disekitar Kota Kinabalu pada  13 Jun 2015 (Sabtu) jam2.30 pagi. Masa ni aku sedang tidur nyenyak so aku x la rasa gegaran.... bila bangun pagi... semua org tengah bcerita, syukur Alhamdulilah aku selamat. Sehingga ke hari ini 15 Jun 2015 gegaran susulan masi dapat berlaku di daerah Ranau, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka di sana.

Okla sampai di sini saja cerita aku berkaitan gempa bumi di Sabah. Doakan saja semuanya selamat. bye.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini