Nuffnang

Facebook

Kuih... kuih...

Assalamualaikum


Lebih kurang seminggu lagi semua umat islam akan mula berpuasa..... rasa tak sabar nak mula berpuasa pun ada.... eleh... tak sabar nak beraya la tu..... korang relax dulu, korang ingat senang ke nak senang.... sebelum sambut aidilfitri banyak benda kena buat. Masa mula-mula nak puasa, mentality kena tukar sikit, kena bangun awal nak sediakan sahur, kena sediakan juadah berbuka puasa, lepas buka puasa tekejar-kejar pulak nak p solat terawih, balik dari terawih nak buat persedian utk sahur esok pulak..... ulang2 jer la semua aktiviti tu. 


Selain aktiviti di bulan puasa, ada 3 benda lagi yang perlu disediakan.... 1) baju raya, da berapa helai baju raya korang.... jgn membazir sangat 2 atau 3 atau 4 cukup la ahahhahah  2) duit raya, duit raya pun kena prepare berapa banyak anak buah yang ada, kira siap2, kalau korang banyak anak buah pandai-pandai la korang bajet sendiri kan..... bukan anak buah jer.... mak & bapa, nenek & atuk, mak sedara  pak sedara..... ala tak banyak sikit pun jadi la, saja2 bagi gembira hati diaorg, diaorg bukan hadap sangat pun nak duit raya dari korang, berapa pun diaorg tak kisah sangat. 3) kalau no 1 & 2 tu takde takpe, yang ni penting sangat kena ada la di setiap umah..... kuih raya, kalau kuih raya takde, nanti org datang umah heran pulak takde kuih raya.... da namanya raya tak kan kuih raya takde kan.... korang buat kuih raya sendiri lagi best kot, rasanya kalau buat sendiri, kuih korang tu punya identiti sendiri la.... tak la sama dengan org lain kan......... atau paling kurang pun korang boleh beli kuih tunjuk kalau da malas memang banyak alasan, beli lagi senang, beli lagi sedap, beli lagi jimat, beli lagi banyak pilihan.... macam-macam la alasan, terpulang pada korang nak tunjuk ka atau nak buat sendiri.... pilihan di tangan sendiri.


Kat opis : seminggu lagi nak PUASA da mcm raya, banyak sangat tester yang aku try & test.... makan2 kuih raya kat opis.... almaklum jer la tak lama lagi nak puasa. Mari sini aku nak promot kuih raya kat korang......


kepada yang berada di sekitar Kota Kinabalu

 Kalau bungkusan tester sudah macam begini mesti sedap ni.... apa lagi jom tunjuk kuih raya korang cni...


 Almond Landon & Pink Kitty - comel jer kuih raya ni


 Pinky Crumbs - sapa2 suka pink boleh order kuih ni


 Chocolate Bubble Rice - kuih raya ni tengah in sekarang ni....


 Tart Zamrud


   Snow Almond - mesti korang da terliur2 rasa kuih ni kan....


 Velvet Cookies - bukan velvet cake jer ada kuih velvet pun ada

 
 Almond Chocolate Cookies


Orange crumbs

 Chocolate Chips


Tart Nenas - sapa tak kenal ni
 

Sebelum aku promot ni, aku dengan geng2 opis aku da rasa..... Semuanya sedap rasa kuih la.... da kuih raya mesti la rasa kuih, tak kan rasa kek pulak kan.....  Sekiranya nak order boleh direct call atau whatsapp di no ini 0168051737 Norazian.  Kuih2 di atas tu RM30 sebalang, dalam balang tu dianggarkan 70 hingga 80 biji.


 Ini adalah contoh Balang, kuih dalam balang ni tak jual ehehehh

Ok jgn lupa order tau..... nanti aku buat review lagi untuk kek.


Sapa - sapa nak aku review atau promosikan kuih raya di blog ni.... senang jer, hantar tester kat aku.... boleh hubungi aku melalui email dgnorfazidah@gmail.com atau pajeet82@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini