Nuffnang

Facebook

Jom ke "Kak Kiah Cake House"


Assalamualaikum....


Sori yang teramat sangat cerita episod ketiga percutian ke Johor & Singapore belum siap lagi ehehehhe, kita beri laluan kepada entri ini dulu ok.... jangan marah.....

Sempena cuti sekolah ni, korang mesti sibuk sakan bshopping, bawa anak2 bercutikan.... jadi nak share dengan korang satu kedai kek yang best, nama kedai tu Kak Kiah Cake House, mesti la kedai kek kan.... saja nak bagi gemukkan korang ehehehe.....

Sebelum tu jom bekenalan dengan pemilik kedai ni..... rasanya dari nama kedai tu korang da dapat agak atau teka siapa nama pemilik kedai tu kan.... Kak Kiah Cake House.... nama kedai ni diambil sempena nama Pn. Dg Rokiah Binti Mustapha..... pandai korang teka kan..... Pn. Dg Rokiah merupakan pengasas kepada kedai kek ni, Kedai kek ni diusahakan oleh anak-anak beliau.

 
Salah seorang anak kepada Pn.Rokiah iaitu Pn. Dg Irme Hafziany yang banyak menceritakan bagaimana mereka sekeluarga berjaya membuka kedai kek ini. Pn Irme, merupakkan seorang guru di dareah papar, Sabah. Mungkin semua di daerah ini jg kenal dengan Pn Irme, walaupun baru berusia 28 tahun, tapi berjaya membuka sebuah perniagaan yang diusahakan bersama ahli keluarga yang lain. Semua jenis kek di sini, diilhamkan oleh Pn. Rokiah sendiri dan diwarisi oleh anak2 beliau.

Jom ikut sy ke KKCH......

Kak Kiah Cake House (KKCH), terletak di daerah papar.

 
Kedai Kak Kiah Cake House berhampiran Public Bank di pekan Papar.


Ini adalah antara menu2 yang ada di Kak Kiah Cake House


Saya berkesempatan berkunjung ke Kak Kiah Cake House, rasa lapar tak??? RM2 per slices


Heaven Box : RM20 (10 slices) cantik tak.... tak sampai hati nak makan


Heaven Box : RM10 (5 slices).....
 ini antara kek yang da masuk dalam mulut saya, memang sedap... tak rugi datang jauh-jauh.


6 Heaven Box

 Kek yang paling digemari..... Blue Velvet


Kek yang paling laris ...... M&M Chocolate


Salah satu kek yang digemari..... Durian Cheese.
Kalau korang datang, rasanya semua pun akan jadi kek kegemaran korang eheehe

Selain kek yang dijual per slice, ada juga Melty Cheese RM10 per box


ni antara menu Melty Cheese. Korang da fikir nak beli yang mana satu????


ni yang dalam jar pulak Cake in Jar RM7 per jar. 
Lagi rambang mata mana satu nak pilih.... 

 ni menu Cake in Jar 

 
yang sempat masuk dalam mulut.... korang cuba la sendiri baru tau.... 

 Selain daripada kek, Chrispy Choc pun ada....


macam-macam lagi ada selain kek, ada Cookies, Pretzels, Cake Pop, Crispy Pop.

Berapa kali da korang telan air liur tu??? banyak kali da kan, so sempena cuti sekolah ni, bawa la anak-anak korang beli kek di Kak Kiah Cake House. KKCH ni dibuka 7hari seminggu dari 9am-7pm..... jauh sangat ke nak gi Papar??? jgn susah hati bagi penduduk sekitar Kota Kinabalu boleh buat tempahan untuk delivery di no ini 0109310909. Masa delivery tak tentu so korang boleh ikuti laman FB atau IG Kak Kiah Cake House.... boleh klik link ini Facebook & #kak_kiahcakehouse.

InsyaAllah, pada hujung tahun 2014 ni, sekiranya tiada aral melintang Kak Kiah Cake House akan membuka sebuah cawangan di One Borneo, dekat la bagi penduduk2 di KK kan..... Harapan dan impian pemilik KKCH dalam masa 5 tahun dari sekarang, KKCH akan berada di seluruh asia InsyaAllah.... amin....... Kita doakan KKCH akan bertambah maju.

Ok, Selamat menjamu selera semua..... 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini