Nuffnang

Facebook

#throwback 2013 (Pembedahan Jantung part 2)

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita di belog ini..... amcm tak sabar nak tau cerita lanjut dari entry lepas??? kepada yang tidak tahu, boleh tekan link ini #throwback 2012 ok sementara aku rajin ni, baik aku buat la entry ni, nanti korang marah pulak kan aku lambat update. Sebelum tu nak bgtau, nak jaga org sakit bukan senang, lebih2 org yang sakit tu, org yg kita paling kita sayang, kita mesti lakukan yang terbaik..... lebih-lebih lagi pesakit Jantung. Ok, pihak hospital akan bgtau apa yg perlu kita buat sebelum & selepas pembedahan. Yang paling penting penjaga pesakit, mesti faham/tau apa nak buat.... bukan ko harap nurse & doktor kat situ, jgn harap la diaorg nak jaga, banyak lagi kerja lain yang diaorg nak buat, tapi kalau kita minta tolong mesti diaorg tolong la.... layanan terbaik daripada staff nurse bahagian Kardiologi Hospital Queen II Kota Kinabalu, terima kasih. Selama berminggu-minggu di Hospital tu, kita mesti la bebaik dengan org2 di sana, termasukla pesakit2 di sana, agak2 la kan..... tapi jgn la sampai menggangu pesakit di sana..... selama berada di sana da macam satu keluarga ahhha.... 

ok berbalik kepada hal penjagaan.... ini sangat penting, untuk pengetahuan semua my mum akan menjalani pembedahan jantung "bypass".....

Persedian sebelum pembedahan pada peringkat ini akan dimaklumkan pesakit akan start berpuasa dari jam berapa, mungikut jadual pembedahan hari esok, sekurang2nya 12 jam sebelum pembedahan. Pesakit akan diberikan alat cukur khas yang sangat tajam, & nurse akan memberitahu tempat yang perlu dicukur, seluruh badan atau bahagian-bahagian tertentu sahaja, ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman semasa tempoh sebelum dan selepas pembedahan. Setelah selesai bercukur, nurse tersebut akan memeriksa semula seluruh tempat yang perlu dicukur adakan sudah bersih 100% sehingga menepati piawayan yang betul. Kemudian, setelah selesai bercukur semua ahli keluarga atau sesiapa sahaja tidak dibenarkan menyentuh pesakit, Dinasihatkan semua ahli keluarga agar menyentuh pesakit sebelum proses bercukur dijalankan. Setelah bercukur, ada ubat yang perlu dimakan mengikut waktu, sehingga sampai waktu pembedahan. Keperluan seterusnya ini diperlukan selepas pembedahan tetapi perlu disediakan sebelum pembedahan, Bantal kecil yang boleh menutup bahagian dada pesakit, air seperti milo 3 in 1 (tapi masa my mum buat operation hari tu milo tu tak digunakan pun,sebab ada bubur yang akan disuapkan oleh nurse di sana). 

Ok, kepada penjaga kepada pesakit, mestila selalu dalam keadaan sihat. Makanan/minum perlu dijaga bagi mengekalkan tahap kesihatan. Rasanya semasa sy jaga my mum d Hospital sy x pernah tidur, mata pun da mcm mata robot ahahhah, da tak boleh tutup. Apabila pesakit ditolak ke bilik pembedahan, penjaga juga perlu mengemas semua keperluan pesakit, ini disebabkan pesakit tidak akan ditempatkan di tempat yang sama selepas pembedahan tersebut.


Persediaan selepas pembedahan pada peringkat ini, pesakit akan dikawal selia oleh doktor yang bertugas & ditempatkan di unit CCU/CICU ni bahagian kritikal ok. Ada masa2 tertentu untuk melawat, pintu di unit CCU/CICU ini bukan sebarangan org boleh buka, tapi sy ikut jer keluar masuk dengan staff nurse, sapa tak risau oi.... mak korang kan yang kat dalam..... nasib baik doktor disana semua memahami. Setelah keluar dr unit CCU/CICU bermula la tugas seorang penjaga..... semua mesti perfect ok, bayangkan jer, kalau mak korang yang sakit kan..... ada peralatan yang perlu korang bawa sendiri contohnya:-


ni kipas kecil yang banyak kegunaannya, kipas ni boleh cas, ada 2 lampu di sebelah kanan & kiri...... Hospital Queen II memang menggunakan aircon sepenuhnya .... ngapa perlu bawa kipas sendiri.... sebab ada sesetengah tempat tidak kena tu aircon... panas, pesakit pun rasa panas ini kan pulak penjaga.... ahahahha bawa la kalau perlu.... 


yang ni kamu kenal ke apa? ni tandas mobile... ahahha selepas pembedahan pesakit tidak dapat berdiri terus untuk pergi tandas, pesakit perlu membiasakan diri lebih kurang sehari 2 dengan keadaan yang baru, lagipun masi banyak hos-hos yang disambungkan pada badan pesakit dan kesan jahitan masi belum pulih sepenuhnya. Ngapa perlu bawa sedangkan pihak hospital sediakan semuanya..... Ni mak kitaorg yang sakit mesti terbaik.... (ingat pesanan aku, jauhi sebarang kuman dr pesakit, kuman boleh membawa maut).... Cuba bayangkan mak korang yang sakit.... jgn marah ok, memang pihak hospital ada menyediakan benda ni tapi bila tengok keadaan benda tu, mungkin 1000 org da guna, cuci la macamana pun memang takkan bersih.... so kami beli la, lagi pun murah jer... tak mahal sgt pun, masa aku beli hari tu RM25.... siap tawar menawar di farmasi RM20.... kira okla kan mampu milik.   


benda kat atas ni, sebelum korang sentuh pesakit perlu basuh tangan korang dengan benda ni.... ni tak perlu beli pihak hospital sediakan.... guna saja seberapa banyak yg korang nak pihak hospital tak akan marah, malah mereka akan isi semula untuk korang sekiranya habis. Benda ni boleh didapati di farmasi dengan harga yang mahal so pandai2 la korang hidup, tak kan tu pun nak ajar.... ahahhah dulu masa beli botol kecik sebesar power bank RM30... sekarang pasti da naik harga.... 


Penjagaan semasa dirumah pada peringkat ini, syukur sgt da boleh jaga my mum dekat umah sendiri.... tapi sebelum tu make sure korang da tau cara-cara jaga pesakit dengan betul. sebelum balik umah, pakar pemakanan akan datang memberi nasihat secara percuma..... sekurang2nya korang boleh la tau benda2 yang boleh di makan dan benda2 yang TAK BOLEH makan. Berikan pesakit ubat-ubat mengikut waktu yang betul... pastinya c penjaga sangat pakar, da hampir 24jam di hospital bersama pesakit sekurang2nya penjaga mesti tahu apa ubat yang perlu diberikan dan apa fungsi-fungsi ubat2 tersebut. masa aku kat sana, aku siap belajar sikit sebanyak dr nurse & doktor di sana, yang mana tak tau tanya.... pernah juga aku tefikir mcm ni "ngapa aku tak jadi nurse???" ahahha baru jaga mak sakit da berangan jadi nurse ahahhah. Periksa keadaan pesakit dari masa ke semasa, tengok bahagian2 di mana tempat yang dijahit, ada berlaku sebarang pendarahan atau apa-apa yang perlu. Tapi kes my mum, tak perlu cuci jahitan sebab, my mum punya ubat special sgt, ubat tu just spray saja akan buat jahitan menjadi kering tapi makan masa la. Sekiranya berlaku sebarang pendarahan sila hubungi pihak hospital tanya atau boleh terus hantar pesakit ke hospital yang berdekatan. Sekiranya pesakit mengalami sakit dada & batuk yang berpanjangan SEGERA la ke hospital.... keadaan ini sangat merbahaya, mungkin ada berlaku sebarang tindakbalas selepas pembedahan. Pesakit dilarang mengangkat benda-benda berat, sampai sekarang my mum tak akan angkat benda berat, Sekiranya aku nampak siapa yang suruh my mum angkat benda-benda berat.... tiada maaf bagimu. Cuba aku potong tulang dekat bahagian dada korang lepas tu aku suruh korang angkat beras 5kilo jer la tak yah banyak sgt..... cuba tengok korang boleh ke tak. Aku da start emosi.... ahahhah bayangkan jer korang berada ditempat pesakit. Memandu pun tak boleh, selama 6bulan. Amalkan gaya hidup sihat & pemakanan yang sihat & rendah kolestrol. Jangan merokok atau ambik alkohol. Datang ke hospital mengikut temujanji yang diberikan bagi memantau kesihatan pesakit. Sebelum aku terlupa, fungsi bantal kecik pada perenggan di atas, untuk dipeluk oleh pesakit di bahagian dada sekiranya pesakit hendak berjalan atau dipeluk semasa batuk & bersin. Pastikan pesakit menjalani senaman yang disyorkan oleh doktor.... mesti buat, nanti sy share 2 senaman yang sangat penting k.

Sampai di sini dulu cara- cara menjaga pesakit jantung yang menjalani pembedahan dengan cara 'bypass'. Banyak lagi nak di kongsi, sabar ok. 

Semasa menjaga my mum di hospital dan di umah semuanya berjalan dengan baik.... Dikesempatan ini sy ingin mengucapkan terima kasih pada my syg, yang sangat2 memahami dari awal sehingga sekarang..... terima kasih banyak2. 

Buat  kawan-kawan my mum, terima kasih banyak-banyak atas sokongan kamu selama ni, begitu juga dengan sedara mara.... thank you.


nanti kita sambung lagi ok.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini