Nuffnang

Facebook

Syukur Masi ada yang Sayang

0 comments
Alhamdulilah.....

Syukur pada Allah dengan izinnya aku masi bernafas sehingga ke hari ini.... Selamat Hari Lahir to me.... Terima kasih pada ahli keluarga, rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan hidupku. Semoga kita sama-sama dilimpahi rahmat dan rezeki darinya.... Semoga kita semua sentiasa dalam lindungannya.

Yang sebenarnya hari ni sepatutnya diraikan untuk my mummy Puan Dayang Salamah Pg Hj Abdullah yang melahirkan saya ke dunia ini pada tarikh yang sangat cantik 09 Oktober dan tidak dilupakan juga buat my daddy Tuan Adrah Guliga yang tersayang yang banyak besabar dengan karenah anaknya ni.... anyway tema kasi mummy & daddy tanpa kamu, rasanya kehidupan ni dapat aku tempuh sampai ke hari ini. Ya Allah aku mohon perlindunganmu untuk kedua orang tuaku semoga mereka sentiasa kau berkati dan rahmati.... pelihara la mereka sebaik2nya... amin. Mummy & Daddy, ketahuila sejauh mana pun anakmu ini pergi dan di mana pun anakmu ini berada.... kamu sentiasa dalam ingatan dan doa yang tidak pernah putus. Maafkan la anakmu ini sebab kadang2 terlalu sibuk sampai tidak tetelepon kamu di sana. 

Bercerita tentang kesibukkan dunia, aku juga seorang hambanya yang biasa2 tidak punya kuasa keenam untuk terus hidup. Rata-ratanya kita semua sama, menjalani kehidupan yang hampir sama.... aku percaya rezeki tu semua datang dariNya dan aku redha pada takdirNya bersyukur pada pemberianNya dan insyaAllah akan berusaha menjadi hambanya yang terbaik di dunia mahu pun di akhirat kelak. Doakan la aku punya kesempatan dan waktu untuk terus menjalani kehidupan ini.

Hari ni 09/10/2014, aku sedar sudah sejauh ini aku hidup, banyak pengalaman hidup yang aku belajar. Berkat doa orang-orang yang ada disekelilingku aku berjaya menempuh kehidupan ini, andainya kamu semua tiada maka susah rasanya. Rakan2 yang mengenali diri terima kasih sebab kamu semua selalu ada sama aku disaat susah dan senang i love you all........


Rasanya x lengkap hari lahir klu tiada Kek.
Thank you to My Bos (Dahlia Ismail) sbb celebrate my birthday.

Tiada apa yang aku minta dari kamu semua..... dengan adanya kamu disekelilingku sudah cukup buat aku gembira.... terima kasih semua kesayanganku.....


Yang terakhir sekali, untuk seseorang yang paling dekat dengan aku buat masa ni, hari-hari jumpa x pernah tidak.... terima kasih atas segalanya, terima kasih sebab menerima aku seadanya, terima kasih sebab menghargai kehidupan kita. Umur tu cuma satu digit atau angka, tidak kira la besar atau kecil aku harap kau juga tidak berubah mengikut waktu, semoga kita kan berjalan beriringan bersama sampai ke syurga Allah...... cekalkan hati kita, tetapkan iman kita..... amin. Sempena hari yang mulia ini, bini mohon maaf atas segala kekurangan ampunkan segala dosa-dosa bini.


Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga buat sedara mara dan rakan-rakan di FB & IG yang mengucapkan selamat hari lahir terima kasih. Buat yang sedang membaca blog ini juga saya ucapkan terima kasih atas kesudian kamu membaca blog ini.



Selamat Kembali MH0017, MH370 Dalam Kenangan....

0 comments
Assalamualaikum


Ya Allah, berkati pemergian saudara2 kami.... berikan la mereka tempat yang selayaknya. Dari Allah kita datang, kepadaNya la kita kembali... semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman.... Amin

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul, buat keluarga mangsa.... bertabah la....

Aku juga turun merasa kesedihannya, terbayang2 klu aku d tempat ahli keluarga mangsa... adakah aku mampu menghadapinya.... besarnya dugaanmu Ya Allah.... terbayang2 juga sekiranya aku adalah mangsa.... bagaimana suami, ibubapa & ahli keluarga yg ditinggalkan... cukup sudah ka amalku utk meniti hari akhirat.... sedarla wahai saudara2 ku... walau dimana kita berada jika ajal sudah datang.... disitu la amalan kita terhenti... sama2 la kita beramal ibadah sementara diberikan peluang.... Ya Allah panjangkan la usia kami... 

Kesedihan tidak dapat dibendung bila : 
melihat jenazah mangsa dibawa pulang...
melihat ahli keluarga yg bersedih....

Airmata mengalir sederas mungkin melihat seorang anak yg meminta keranda ibunya dibuka... untuk menatapi wajah terakhir c ibu... Ya Allah lindungi dan pelihara la anak ini dalam saat gembira dan sukar yg dilaluinya... 

Buat rakan yang sedang membaca blog ini ambik la masa seminit dua, sedekahkan la Al-fatihah buat mereka yg telah tiada....


Tidak dilupa juga buat mangsa MH370.... Walau dimana keberadaan mangsa semua... doakan la mereka.... buat keluarga mangsa MH370, biar tiada tanda... teruskan la berdoa agar mereka sentiasa dalam lindunganNYA.

Wahai kesayanganku semua yg membaca blog ini... sedarla masa kita sudah tidak banyak, mungkin esok lusa dunia ini bukan milik kita... pertingkatkan usaha n doa... Amin.

Al-fatihah....

Ramadhan Jangan Pergi....

0 comments
Assalamualaikum,


Beberapa hari lagi nak raya... amal ibadah mcmana??? beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan yg sgt mulia ni... Ramadhan jangan pergi... amalan ku belum cukup lg... apapun teruskan beramal walaupun bukan di bulan Ramadhan.... yg dekat dlm penjara da nak keluar... Ramadhan jgn pergi.... setakat ni Alhamdulilah tak pernah tak bgn bsahur... bertuah la korang yg tinggal dgn mak.... tak perlu susah2 nak set alarm, nanti mak korang bangunkan.... i jeles tau... jgn marah mak korang sekiranya terlepas waktu sahur.... agak2 la..... eleh setakat tak bgn sahur tak mati pun.... blm cerita tabiat nak bgn kan korang... ah malas nak cerita pandai2 la insaf sendiri... da besar panjang kan.

Dalam bulan yg mulia ni, banyak musibah yang menimpa rakyat Malaysia... di mulakan dengan emosi melampau yang diluahkan kepada "lock stering"... emosi kita siapa yang tau pasang surutnya... Maafkan la dia, kita semua pun punya emosi... tambah2 lg yg bedarah muda.... aku jg punya cerita yg hampir serupa... sebuah teksi yg dipandu oleh seorang pakcik cina... yang telah melanggar keta kami pada hari raya pertama di kawasan perkuburan di kampung halaman... nak dijadikan cerita uncle tu tak nak mengaku kesalahan dia... keta kami takde la teruk sangat, klu tak silap aku, lampu keta pecah... lampu teksi tu pun pecah... so uncle teksi tu buat keputusan sendiri ko ganti lampu keta ko, aku ganti lampu keta aku... mentang2 la kami muda lg masa tu.... mn boleh mcm tu uncle, uncle tu terus bla setelah meninggalkan kami dengan kata "saya lampu pecah" so kami pun ambik no teksi uncle tu.... kampung halaman aku tu takde la besar mn senang jer nak cari uncle tu.... cuma uncle tu buat mcm tu sbb kami perempuan... bila bapa perempuan ni yg dtg cari dia baru la mgaku nak bayar... kesian kat kitaorg kena buli di hari raya pertama..... so kita try kawal emosi kita masing2... emosi aku ni pun kadang elok, kadang2 off... 

tragedi kedua yg melanda di negara ni.... di Sabah mcm2 hal.... mula2 kes culik & bunuh.... so sekarang ni di Sabah dan keluar perintah berkurung... tp bukan utk semua, yang mana dekat dengan perairan so bkurung la kamu sebelum kamu dikurung... buat semua ahli keluarga & rakan taulan... kamu hati2 tau klu ada yg mcurigakan terus laporkan kepada pihak yg sepatutnya.... semoga kita semua selamat.... 

tragedi yg ketiga MH17.... Ya Allah ujian apakah ini.... semoga kami semua tabah menghadapi ujian dari Mu. Ngapa nak tembak kapal terbang, kesian tau ramai org dlm tu.... buat mangsa MH17, semoga kamu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.... buat keluarga mangsa.... tidak tergambar rasanya penderitaan yang korang tanggung, semoga kamu semua tabah.

Ya Allah lindungi kami semua, redhai perjalanan hidup kami... 

Sebenarnya aku ni nak bcerita pasal raya tapi byk pulak intro.... stress sgt raya da tak lama lagi, dlm kepala hotak aku ni byk nak kena fikir... x lama lagi mau balik kampung sudah.... bcerita pasal balik kg, tahun ni turn sapa, turn korang ka turn balik kg laki korang.... bertuahnya aku sekampung dengan dengan laki aku ahahha, korang jgn ckp "untung la korang sekampung" korang ingatkan sekampung tu takde masalah... macam nak terbelah jer badan ni oi... tanya la pada sapa2 yg kawen dengan org sekampung.... keluarga yg ko kena ziarah 2x ganda... keluarga kedua belah pihak korang mampu.... dugaan pada mknan pulak... semua sedap2... yang sekampung mesti saiz besar2... mkn 2x ganda.... walaupun ko jamah sikit2... tapi kalau da semua sedap mesti nak test semua.... itu jer la yg mampu aku kongsi, kang lebih2... ada pulak yg marah.... tapi kebaikkan paling utama bila korang kawen org sekampung... boleh jumpa kedua ibubapa pada hari raya pertama... ni la yg paling best... 

Da da la tu, aku tak minta banyak pada korang... aku minta maaf dari hujung rambut smpi ke hujung kaki... doakan la aku dapat balik beraya dengan mummy n daddy di kampung halaman... Pada yang  masi ada kedua ibubapa di kampung tu... balik la... selagi ada masa... klu masa tu da terhenti tak guna disesali... harap2 korang sedar.... sebelum terlambat. 

Semoga perjalanan balik kg korang semua selamat. Selamat Hari Raya Aidilfitri.... awal sgt la aahahh takut tak sempat... stress tau mcm semua aku tak sempat nak buat... Ramadhan Jangan Pergi.... bye semua.

Tempahan????

0 comments
Assalamualaikum


Kesian kat korang kan, buka tutup blog ni, aku tak update2 juga ahahaha. Bulan puasa, mcm ni la.... ala engkau tak bulan puasa pun ko mcm nie juga... pemalas. Sori ye aku betul-betul sibuk, banyak sangat terima tempahan...... ???? tempahan??? jgn buat muka yg mcm tak pecaya tu.... tempahan jahit baju raya, tak juga.... tempahan buat kuih raya.... tak juga, tempahan buat langsir.... tak juga.... sebenarnya memang aku takde terima tempahan apa-apapun aku saja jer buat korang terkejut heeheh....

Bulan puasa da nak sampai di pertengahan so amcm puasa korang??? puasa aku setakat ni alhamdulilah dipermudahkan, harap korang pun sama. Korang da start buat kuih raya ker?? da beli bahan-bahan?? aku tahun ni.... sama mcm tahun-tahun lepas.... tapau kuih raya dari rumah my mum... nak buat kuih raya pun tidak, nak beli kuih tunjuk pun tidak..... bukan setakat kuih raya jer aku tapau, kek raya pun mcm tu juga.... pesanan buat my adik yg rajin buat kek raya tu.... sila asingkan kek untuk kakak ko bawa balik.... ahahhaha. Pesanan buat adik iparku pulak jangan lupa belikan kakak kek sarawak yang paling in di Sarawak tu ok,  jangan jeles, adik ipar aku orang sarawak.

Aku sebenarnya kalau kek ni kurang sangat... tak berapa gemar, klu kek tu takde pun takpe.... tapi kawan-kawan semua jgn risau.... aku paling suka menjamu orang aahahahha, doakan jak aku murah rezeki dapat la korang merasa kek free. Sebenarnya aku nak cerita pasal kek.... korang selalu tempah kek kat mana??? bukan kek hari jadi, kek untuk raya... atau rumah korang klu raya memang tak wajib ada kek??? klu tak wajib pun takpe, jom kita tengok kek2 yang aku syorkan untuk korang.


Kek Lapis India berintikan coklat cadbury.... tapi klu korang da tak nak mkn coklat cadbury apa kan daya.... tapi serius kek ni sedap....


Ni pun kek lapis india yang disaluti kelapa..... sedap 
 

 Kek lumut, da nama kek lumut mesti la hijau kan.... kalau buat kek apapun perlukan kesabaran... so korang bayar la harga kesabaran untuk orang yang buat kek ni.


 Nak buat kek lumut ni senang jer... adunkan semua bahan so jadila kek... tapi ada satu bahan dia yang susah nak cari.... "cepat dimasak lazat dimakan"


Kek Masam Manis : Kalau aku pergi beraya kan, hampir semua umah yang aku p ada kek masam manis ni.... rasa sama jer semua.... nampak cantikkan kek ni, korang ingat senang nak masak ni... nak kena lapiskan satu-satu.... lapiskan masak, kemudian lapiskan lagi... dan seterusnya... tapi kalau korang malas masukkan jer adunan tu sekali semua... tapi tak perlu la sampai gunakan 2 colour.


Kek Holiday Inn : ngapa nama kek ni bukan Kek Holiday Villa???? ahahha pandai2 jer nak ubah. ni pun sama kena lapis-lapis.... ni mesti lapis-lapiskan sebab kedua-dua adunan ni berbeza... warna tu boleh la korang nak ubah, warna pink ka, hijau ka... terpulang yang penting rasanya sedap.

Amaran : jangan ada yang telan air liur masa tgk gambar tu......

Aku cerita beriya kan pasal kek-kek ni.... macam aku pandai buat... memang aku pandai buat kek ni tapi korang jangan suruh aku buat tahap kesabaran aku tinggi nilainya ahahhaha, tapi jangan risau... aku ada tempat untuk korang order kek ni.

lupa nak kabarkan, gambar-gambar tu hasil dari encik google, thank you google. Kepada sesiapa yang nak tempah kek mcm kat atas tu.... boleh email aku : pajeet82@yahoo.com atau dgnorfazidah@gmail.com nanti aku bagi no tel orang yang boleh dan rajin nak buat untuk korang.... harga berpatutan (diskaun) diberikan kepada yang sebut nama blog ni.... masa order nanti. Area KK & Sandakan boleh order selagi kuantiti order belum ditutup, kepada area lain sori takder. 

Okla da panjang sangat leteran aku untuk korang, so Selamat ke bazar Ramadhan la.... bye...

 

Selamat Bersahur & Berpuasa...

0 comments
Assalamualaikum,

apa kabar kamu semua, sihat???.... jgn manja sangat bila masuk bulan ramadhan jak terus gastrik la, apa la... mcm2 hal... selagi mampu berpuasa tu puasa jgn tinggal... tapi klu da tak boleh tahan (sakit) sila kan la buka puasa... tapi jgn lupa ganti tau....

ok jom kita sama2 niat puasa sebulan... 


Sebelum terlupa, aku mohon maaf pada korang yg baca blog ni.... buat rakan2 FB pun mcm tu jg, buat sedara mara, dan semua yg mengenali diri ini... (chewah ayat poyo sgt) andainya bahasa aku dlm blog ni... kasar, menyinggung perasaab korang, tersentuh emosi kamu.... aku mohon maaf... aku jg manusia biasa yg tidak sempurna... maafkan aku tau... aku pun da maafkan kamu semua.

syaitan semua da kena penjara, so mari kita raikannya selama sebulan.... bersihkan hati nurani kita... banyak2kan beramal... okla tu jer buat masa ni 

thank you baca blog ni... assalamualaikum.

Kuih... kuih...

0 comments
Assalamualaikum


Lebih kurang seminggu lagi semua umat islam akan mula berpuasa..... rasa tak sabar nak mula berpuasa pun ada.... eleh... tak sabar nak beraya la tu..... korang relax dulu, korang ingat senang ke nak senang.... sebelum sambut aidilfitri banyak benda kena buat. Masa mula-mula nak puasa, mentality kena tukar sikit, kena bangun awal nak sediakan sahur, kena sediakan juadah berbuka puasa, lepas buka puasa tekejar-kejar pulak nak p solat terawih, balik dari terawih nak buat persedian utk sahur esok pulak..... ulang2 jer la semua aktiviti tu. 


Selain aktiviti di bulan puasa, ada 3 benda lagi yang perlu disediakan.... 1) baju raya, da berapa helai baju raya korang.... jgn membazir sangat 2 atau 3 atau 4 cukup la ahahhahah  2) duit raya, duit raya pun kena prepare berapa banyak anak buah yang ada, kira siap2, kalau korang banyak anak buah pandai-pandai la korang bajet sendiri kan..... bukan anak buah jer.... mak & bapa, nenek & atuk, mak sedara  pak sedara..... ala tak banyak sikit pun jadi la, saja2 bagi gembira hati diaorg, diaorg bukan hadap sangat pun nak duit raya dari korang, berapa pun diaorg tak kisah sangat. 3) kalau no 1 & 2 tu takde takpe, yang ni penting sangat kena ada la di setiap umah..... kuih raya, kalau kuih raya takde, nanti org datang umah heran pulak takde kuih raya.... da namanya raya tak kan kuih raya takde kan.... korang buat kuih raya sendiri lagi best kot, rasanya kalau buat sendiri, kuih korang tu punya identiti sendiri la.... tak la sama dengan org lain kan......... atau paling kurang pun korang boleh beli kuih tunjuk kalau da malas memang banyak alasan, beli lagi senang, beli lagi sedap, beli lagi jimat, beli lagi banyak pilihan.... macam-macam la alasan, terpulang pada korang nak tunjuk ka atau nak buat sendiri.... pilihan di tangan sendiri.


Kat opis : seminggu lagi nak PUASA da mcm raya, banyak sangat tester yang aku try & test.... makan2 kuih raya kat opis.... almaklum jer la tak lama lagi nak puasa. Mari sini aku nak promot kuih raya kat korang......


kepada yang berada di sekitar Kota Kinabalu

 Kalau bungkusan tester sudah macam begini mesti sedap ni.... apa lagi jom tunjuk kuih raya korang cni...


 Almond Landon & Pink Kitty - comel jer kuih raya ni


 Pinky Crumbs - sapa2 suka pink boleh order kuih ni


 Chocolate Bubble Rice - kuih raya ni tengah in sekarang ni....


 Tart Zamrud


   Snow Almond - mesti korang da terliur2 rasa kuih ni kan....


 Velvet Cookies - bukan velvet cake jer ada kuih velvet pun ada

 
 Almond Chocolate Cookies


Orange crumbs

 Chocolate Chips


Tart Nenas - sapa tak kenal ni
 

Sebelum aku promot ni, aku dengan geng2 opis aku da rasa..... Semuanya sedap rasa kuih la.... da kuih raya mesti la rasa kuih, tak kan rasa kek pulak kan.....  Sekiranya nak order boleh direct call atau whatsapp di no ini 0168051737 Norazian.  Kuih2 di atas tu RM30 sebalang, dalam balang tu dianggarkan 70 hingga 80 biji.


 Ini adalah contoh Balang, kuih dalam balang ni tak jual ehehehh

Ok jgn lupa order tau..... nanti aku buat review lagi untuk kek.


Sapa - sapa nak aku review atau promosikan kuih raya di blog ni.... senang jer, hantar tester kat aku.... boleh hubungi aku melalui email dgnorfazidah@gmail.com atau pajeet82@yahoo.com

Cerita Bola....

0 comments

Assalamualaikum


Tiada cerita yang lebih menarik selain daripada BOLA.... seluruh dunia sebok-sebok bercerita pasal bola.... da seluruh dunia bercerita pasal bola.... siapa yang tak tau pasal bola tu, rasanya entah ko datang dari planet mana.... biarpun KITA tak minat bola tapi da ko tinggal kat dunia ni so mesti la tau kan.... paling kurang pun tau la sekarang ni musim bola (World Cup). KITA tu termasuk la dengan diri aku sendiri kan, aku bukan minat sgt pun bola2 ni, tapi peraturan tu mesti la tau.

World Cup la sangat..... tak sampai seminggu lagi tu World Cup berlangsung, da macam-macam perangai yang kita nampak.....

1) ada yang terpaksa lewat dtg kerja sebab nak tengok perlawanan pasukan kegemaran diaorg, 2) ada yang buat-buat kedai mamak tu macam umah diaorg, 3) ada yang sedih sangat pasukan diaorg kalah, tapi boleh-boleh pulak pujuk hati sendiri, takper tu baru satu game. 4) ada yang lagi kelakar, bila semangat sangat nak tengok bola tapi last2 TV tengok dia..... 5) ada lagi yang paling power, siap buat pertaruhan (tak dinafikan, walaupun sikit tetap ada) da berapa banyak korang kalah pertaruhan...... macam-macam perangai korang.

 Hero Argentina Messi tapi rasanya da tak kuat mcm daulu-daulu


Portugal Ronaldo ni pun sama.... da tak best mcm dulu-dulu...


Kebanyakkan perempuan, walaupun tak minat bola, tapi 2org model kat atas tu mesti kenal la.... bukan apa kadang-kadang perempuan ni bukan tengok bola sangat pun, kitaorg tengok handsome satu hal, kedua pandai main bola pulak tu.... tu pasal la.... ni aku cerita kebanyakkan perempuan macam aku la.... tapi dalam masa yang sama aku tau juga pasukan mana yang kuat, macam belanda, spain, argentina, portugal..... basic mesti tau kan.... bukan pasal handsome semata-mata. Kalau pemain Malaysia, aku kenal jg la... sebab diaorg banyak kontroversi. Okla malam ni jangan lupa tengok Portugal lawan Germany. Nampak sangat ker, aku sokong yang mana satu.... suka hati korang la nak pilih mana satu kan. Apapun semoga pasukan yang kamu sokong tu menang ok. Jangan lewat tidur sangat, nanti susah nak bangun p kerja.... bola bola juga... makan, solat semua kena jaga. okla bye.....

Johor : Legoland

0 comments

Assalamualaikum

Akhirnya sampai juga kita ke hari terakhir percutian kita, jauh tau bejalan dari Sabah-Johor-Singapore-Johor-Sabah. Mesti la penatkan, tapi kalau rasa penat tu disulami rasa gembira bercuti bersama keluarga, penat pun tak terasa.... tapi bila da sampai umah korang rasakan betapa penatnya.Okla, nak bcerita hari ketiga percutian di Johor..... sapa2 belum baca episod 1 episod 2 boleh baca just klik link tu.... ok. 


Hari ketiga di Johor.... ke mana lagi kalau tak ke Legoland.... mula-mula bediri di pintu masuk Legoland ni, terpegun seketika.... tertanya-tanya betapa gigihnya org yang buat pintu gerbang dengan menggunakan blok lego..... tengok gambar jer la yer....

Baru dekat pintu masuk dah tergamam.... belum masuk kat dalam lagi.... sapa tak masuk rugi.... tiket better beli online murah sikit, harga tiket bermula RM275 - RM120.... banyak kategori ok.


Hotel Legoland....


Bersantai-santai depan hotel tak sabar nak mandi manda.... sabar yer dik petang sikit baru mandi ok....


Pemandangan dari tepi Hotel Legoland


Pemandangan dari jauh Hotel Legoland


Map Legoland.... boleh dapati berdekatan dengan pintu masuk. Keadaan di Legoland ni sangat panas, so jangan lupa bawa payung, tapi sekiranya korang memang berniat nak beli payung Legoland silakan RM29.90....


Jom Masuk......


Lego City, tempat kanak-kanak (4-6) main keta yang diperbuat daripada lego. Anak buah angah buat susah2 staff Legoland jer, sorang tak kuat tekan minyak tapi pandai kawal yang sorang lagi pandai tekan jer, tapi tak pandai kawal.... kesian kat staff tu.... anyway thank you la....


Lego City juga, ni untuk kanak-kanak besar sikit.... ni siap ada sekolah memandu lagi, baru boleh pandu keta ni.... teringat zaman sekolah dulu, ada pertandingan lalu lintas.... macam tu la.... anak buah aku sorang ni lulus ujian sekolah memandu legoland....


Agak-agak jam berapa boleh sampai??? laju juga keta ni.... best la kan untuk kanak-kanak.... harap2 destinasi seterusnya ada pulak aktiviti memandu untuk orang dewasa.... tapi jangan beharap sangat.... untuk dewasa tiada.....


Sumber Google : Aktiviti ni boleh la untuk orang dewasa......


Miniland - Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia diperbuat daripada lego. KL Tower.


Bangunan Maybank Kuala Lumpur.


Bandaraya Kuala Lumpur.


Lapangan Terbang LCCT


Pelabuhan Tanjung Pelepas......


Masjid Sultan Abu Bakar


Bangunan ni semua diperbuat daripada lego.... kagum la sapa yang sabar buat benda-benda ni.


masa lalu-lalu di sini.... teringin sangat nak buat lego....


bertekat lepas ni nak beli lego.... buat kat umah.


KLCC....


Minat kapal terbang ya dik.... tengok boleh.... tapi jangan sentuh ok....


Untuk menarik minat negara jiran..... buat la juga bangunan diaorang, untuk tarik minta diaorang datang tengok kan.....Kota Singa (Merlion Park) Sapa tak nampak kepala singa.... tak tau la


Kalau da kerja kat Port, mesti teruja sangat tengok crane diperbuat dari lego, kapal cruise, kontena, boat, macam-macam lagi la ..... cantik.... rugi klu tak dtg....


Bandaraya Kuala Lumpur......


Latihan tembak menembak kami sekeluarga..... semangat menembak nenek bersama cucu, anak buah bersama makcik....


yang ni pulak anak dengan abahnya.... tak boleh nak tembak satu pun.... kesian


yang ni aku tak boleh bla.... laki bini menembak sakan dengan gaya masing2.... Farah terfikir, mana atuk??? Atuk korang skor paling tinggi al maklum jer la bekas tuan inspector kan....


mak dengan anak kat depan, anak siap tutup telinga, tapi mak dia tak peduli tetap menembak dengan dua pistol..... yang kat belakang siap bagi arahan.... nak tembak mana satu ahahahaha


Anak dengan mak naik kapal terbang.....


Anak dengan bapa naik kapal......


IMAGINATION : ok korang da penat, jom tengok 3D ker 4D aku pun lupa hahaha


Nak buat lego sebesar ni pun jadi la.....


Ada yang memerhati......


Sesi Interview : Da berapa kali datang sini???? baru sekali dik, tiket mahal sangat....


Balik dr Legoland ni aku da bertekat, nak bina lego kat umah.... aku siap2 beli blok lego bawa balik umah..... untuk pengetahuan korang Legoland juga mempunyai water park... so boleh la mandi manda tapi water park ini dibuka pada sebelah petang sahaja.... so boleh la bawa baju mandi sekali.... pastikan tiket korang pun termasuk untuk ke water park.


 Water Park : Gigih sungguh anak buah angah main tembak-tembak


bye bye.....


Okla sampai di sini saja percutian kali ni..... nanti korang datang tau gi Legoland.... kesian tau diaorg da bina macam-macam takder orang tengok. Sebelum tu nak cerita sikit pasal Johor, sebuah negeri yang sangat membangun dengan pesat.... mengejar kemajuan negara jiran. Kalau korang datang Johor, tinggal la hotel yang berhampiran dengan JB Central best la senang nak ke mana-mana..... InsyaAllah banyak tempat-tempat menarik yang aku sendiri belum berkesempatan untuk berkunjung....cuma berkesempatan berkunjung ke Pasar Malam Karak berdekatan JB Central.... macam pasar malam biasa tiada yang menarik sangat.... masa ni teringat zaman kehidupanku di Kuala Lumpur satu ketika dulu, alangka indahnya bersiar-siar di kuala lumpur pada waktu malam diterangi dengan lampu-lampu yang menerangi kota walaupun sudah larut malam bandaraya ini tetap hidup tidak kira siang atau malam. InsyaAllah Johor, kalau panjang umur kami datang lagi. berakhirla percutian ni disini.... Doakan la saya murah rezeki boleh dapat melancong lagi.


Kisah Dongengku : Ada seorang hamba Allah memberi teguran di dalam email saya baru-baru ni... tegurannya berkaitan tempat-tempat yang menarik yang saya ceritakan di dalam blog ini, katanya : tidak ada lagi ka tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh dipaparkan dalam blog ni, sedangkan penulis blog ini adalah orang Sabah. Penjelasan saya : InsyaAllah, di masa akan datang saya akan memaparkan tempat-tempat menarik di Sabah. Dalam blog ni saya becerita sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawati untuk memberi kemudahan atau gambaran bagi pembaca blog ini tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah saya lawati. Kepada sesiapa yang ingin memberikan komen atau saranan, boleh la terus komen disini atau email kepada saya dgnorfazidah@gmail.com atau pajeet82@yahoo.com sekian terima kasih. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini