Nuffnang

Facebook

Bab Kemas Mengemas.

0 comments
Assalamualaikum


Dalam entry sebelum ni aku janji nak cerita berkaitan KKKH (Kak Kiah Kek House) kan.... tapi belum berkesempatan nampaknya... harap kamu dapat bersabar ok.... kita beri laluan dulu berkaitan gambar kat bawah ni.......



Gambar ni aku ambik dr FB..... 

sebenarnya aku gelihati tengok statement ni, ada juga orang yang sama sebiji dengan aku yang akan kemas umah masa suami takde kat rumah..... ahhaahha ingatkan aku jak ada tebiat macam ni ahahaha. Alasan aku tak mengemas masa suami ada di rumah sebab aku rasa tak best bila seorang goyang kaki baca suratkhabar yang sorang lagi gila bekemas ahhaahhah.... so lebih baik kemas umah masa dia takde.... 

lagi pulak kan kitaorg sama-sama bekerja... memang masa aku kat umah mesti dia pun ada kat umah so bila masa pulak nak mengemas umah..... bila masa pulak dia takde kat umah... masa dia main futsal.... masa tu la aku bertungkus lumus membersihkan rumah. Kalau bukan aku yang buat semua kerja-kerja membersih ni nak harap siapa lg.... seminggu sekali jer pun aku bersihkan umah.... tapi klu tak bersih sangat tu, faham-faham2 jer la.... tapi kena gigihkan diri juga untuk bersihkan umah.

rujuk statement perenggan ketiga tu...... suami aku takde la smpi mcm tu, tak tau bini dia ni yang kemas umah..... dia tau juga aku yang bersihkan dan buat semua kerja-kerja umah ni. Syukurla faham jg seminggu sekali jer bini dia dpt kemas-kemas umah. Takde la kemas sangat janji sedap mata memandang sudah la.....ni kan syurga kami.... so sendiri2 faham la kan. JIN-JIN tak main la.....

Aku kalau di umah ni takde la beriya berkemas, tapi kadang-kadang ada statement org lain yang aku sendiri tak dapat nak jelaskan : Apa sangat la mau dikemas rumahmu tu yang.... kamu bedua saja pun. Kadang-kadang aku pelik juga statement begitu, walaupun kami berdua saja dalam rumah ni habuk tetap ada, perlu juga la dibersihkan. Itu bab kemas umah.... kalau bab memasak : kamu berdua jak kan.... beli saja la diluar kan senang.... 2org saja pun mau masak bikin penat saja. Selagi kita ikhlas masak.... walaupun utk 2org saja tak terasa penatnya..... ala aku masak pun bukan beriya sangat... masak yang simple2 jak. Ada satu statement yang paling aku ingat.... ada org call aku tanya aku tengah buat apa.... so aku pun jawab la tengah cuci piring, org tu balas mcm ni ayat dia : ada juga ka piring kamu yang mau dicuci???? ahhahahha dalam hatiku penuh dengan gelak tawa..... mesti la ba ada piring yang mau dicuci.... jadi kami ni minum & mkn tu.... pakai apa? pakai piring & cawan pakai buang??? ahahhaha kehidupan kita ni berbeza-beza ba.  

Mungkin diaorg semua ni keluar statement mcm tu sebab aku takde anak.... yang kasi sepah-sepah barang mainan yang tak habis-habis kemas... bersepah semula.... kan. Lepas tu kalau ada anak saja ka baru boleh masak di umah.... selagi berdua tu tapau saja la dikedai. Selagi aku ni bernyawa, aku masih mau kasi rasa masakanku sama lakiku ba.... walaupun masakan ku tu x la sesedap mana pun. Kadang-kadang kami beli diluar jg ba.... macam KFC, MCD, Pizza.... mana la bini ni pandai masak sesedap KFC tu.... eheheeh. Biarpun kami ni tiada anak.... hari-hari aku masi cuci piring, kuali, periuk nasi semua la.... aku rasa lebih banyak kuantiti cucian piring mangkuk ku dari pada kamu yang ada anak tu ahahhahah. Jangan la kamu sangka kehidupan kami yang tiada anak ni senang sangat..... dugaan dia hanya Allah saja yang tahu..... tapi aku percaya Allah ada rancang sesuatu untuk aku dan kasi aku jadi setabah ini sampai ke hari ini. Doakan saja yang terbaik untuk kami.

nak jauh sudah cerita ahahhah dr cerita JIN kemas umah smpi la cerita KFC ahhahah. okla sampai sini saja aku punya cerita kali ni. Tapi sebelum tu aku ada mau pesan sikit.... ini pesan my mum la sama aku dulu (masa aku remaja lg)..... Jangan tinggal satu pun pinggan mangkuk x bercuci di sinki. Sampah mesti buang, jangan biar sampah ada dalam rumah kita. Sebenarnya masa mummy bgtau aku perkara ni aku tiada pun merungut atau apa cuma smpi sekarang menjadi tebiat utk aku buat semua tu sblm masuk tidur. So sekarang aku mau pesan sama kamu juga la.... tu saja la yang aku amalkan sampai sekarang. Wah... siap bagi tips lagi ahahahhah okla jom kita berdoa sama-sama : Ya Allah murahkan la rezeki kami semua.... lindungila kami dalam rahmatmu.... Amin.

Bye.....



Berangan-angan

0 comments
Assalamualaikum

Berangan lebih…. siapa yang suka berangan-angan macam aku? Ahahhah. Berangan-angan tu free je kan?? Jom la kita berangan. Aku kalau terlalu banyak berangan-angan mesti keluarkan angan-angan tu dalam kertas….. ahahah supaya aku tak sakit kepala simpan angan-angan kat kepala…. ehehheh. Korang sama tak macam ai…..??? Kalau aku tak tulis dalam kertas ada la tu mangsa yang aku cari utk kongsi my angan-angan, so sekarang ni kiranya korang la mangsa tu…. sbb ai nak kongsi angan-angan dengan korang….. eheheeh ready utk berangan-angan k.


Angan-angan 1.
 

Kalau korang da lama baca blog ni mesti tau aku ni seorang yang suka tgk drama korea…. sekarang ni aku tengah tengok cerita “The Descendants Of The Sun” setakat ni…. ini la cerita yang terbaik dan yang aku tunggu-tunggu episode yang seterusnya…. kalau tgk dekat online, sekarang ni baru episode 1-8, tapi aku paling suka tengok episode 6 ahahah siaran ulangan da berapa kali tak tau ahahha. Ceritanya mengisahkan kehidupan seorang askar dan seorang doktor perempuan yang ditugaskan ditempat yang sama…. untuk mengetahui cerita ni dengan lebih lanjut lagi…. korang bolehla tengok nanti ok. Aku confirm korang pun akan sama berangan-angan macam aku eheheh…. watak askar tu charming sangat….. bila tengok cerita ni, aku mula la berangan nak ada bf askar ahahah angan-angan saja ba, tp bila aku sedar dari angan-angan…. tak nak la bf askar…. nanti kena hidup berjauhan…. nanti selalu risau huhuhu. Tak sabar nak tunggu episode seterusnya. Dibawah ni gambar yang moment aku tak boleh lupakan :-

Moment yang buat aku rasa nak tau..... 


 Akhirnya aku tahu dia ada.....

Moment buat aku rasa setiap perkataan tu ada sesuatu....

dialog dlm gambar di atas :-
syukur, ko selamat. 
mungkin aku akan menyesal.
tapi aku x boleh ada setiap masa bersama ko.
ko jaga diri ok.
ko pun sama....

Sampai di situ la cerita "The Descendant Of The Sun" 


Angan-angan 2
Aku jarang tgk cerita/drama/filem genre aksi, aku paling suka genre seram…. tapi baru-baru ni aku tgk IP man 3…. berangan la kejap dapat belakon dlm cerita tu jadi isteri IP man ahahaha best sgt angan-angan aku kan ahhhahaha, sapa belum tgk IP man 3 boleh la tengok. Cerita IP man 3 ni banyak aksi lawan-lawan tapi klu bab tu aku skip eheheheh….. nak dijadikan cerita isteri IP man ni sakit kanser…. so IP man tu tak peduli sgt hal lain dia tetap utamakan isteri dia. Nanti korang tengokla cerita tu ok. Bila feeling2 jd isteri IP man tu, rasa dihargai sgt.... biasa la kan perempuan mana tak suka pasangan diaorg sentiasa ada bersama.... tapi memang tak la kan.... masing-masing kerja cari rezeki..... ada yang cari rezeki terpaksa berjauhan.... semoga Allah berikan kamu ketabahan menghadapi kehidupan.



Asyik berangan jer la kerja aku kan…. ahhahaha korang pun pastinya tak kurang hebat dengan angan-angan aku kan. Sebenarnya banyak lagi angan-angan aku, kadang-kadang sampai terbawa-bawa ke mimpi.... bila sedar dari mimpi, aku akan bangun dan berdoa semoga mimpi yang baik tu jadi nyata…... pada mimpi buruk… biarkan saja la… itu kan hanya mimpi. Cerita angan-angan aku tu tak ke mana pun, bila kembali ke dunia nyata…. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang…. Aku ada keluarga yang hidup susah senang bersama…. yang memahami…. Syukur Alhamdulilah.



Walaupun aku kuat berangan.... tapi aku tak lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup aku 04/03/2016.

 Selamat Hari Lahir my IP man.... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....


Kek ni bini tempah khas dr Kak Kiah Kek House..... Kek batik hipster. Ni kek kegemaran bini dia hahaha. Kek wajib ada, klu takde kek tu ertinya aku dah tua, da tak bo ingat tarikh ehheheh

Aku siap2 design lagi sblm smpi harinya.... memang aku nak kek tu sedia dipotong 12bahagian, sempena nama dia ada 12 huruf.... ahahha takde la sebenarnya bini dia klu potong diumah tak cantik ahahaha

ni la rupa kek tu bila da dipotong. Selamat menjamu selera. Sedap sgt kek ni, aku bagi kek ni A++. Thank you Kak Kiah Kek House yang sanggup layan karenah pelanggan dia yang mcm aku ni. 


Bye semua.... nanti next entry aku cerita kat mana beli kek tu ok. Sebelum ni aku pernah buat entry juga untuk Kak Kiah Kek House (boleh klik link) tapi insyaAllah aku akan up satu lagi entry untuk Kak Kiah Kek House.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini